Pemakanan persediaan hamil - Tips buat suami isteri

Hai semua! Kali ni Kak Sya nak kongsi tips untuk pasangan yang sedang mempersiapkan diri untuk hamil. Tahu tak korang, pemakanan adalah salah satu faktor penting semasa korang dalam fasa merancang kehamilan. Ini kerana, pemakanan sihat bakal membantu korang menjalani fasa kehamilan yang sihat!

Nak tahu tips amalan pemakanan sihat? Jom baca kat bawah ni:-

♡ Perbaiki gaya makan - Banyakkan makan makanan berserat dan kurangkan makan makanan berlemak. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran, bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium.


♡ Ambil supplement tambahan - Walaupun kita selalu fikir diet kita dah cukup untuk cover zat pemakanan seharian, dengan mengambil supplement tambahan seperti vitamin C dan E serta asid folik dapat meningkatkan peluang kehamilan.

♡ Makan folik asid - Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan kehamilan, asid folik juga memainkan peranan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang2nya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan.


♡ Dapatkan berat badan ideal - Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi masalah komplikasi kehamilan, manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang.


♡ Hindari tabiat buruk - Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman berkafein. Jauhi diri anda dari perokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

Pemakanan isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, buah-buahan situs, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, ikan salmon, keju etc.

Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besides. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya dari makanan tenusu, telur dan soya.

Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah taugeh, kacang dal dan kacang botol.


Diet suami - makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg.

Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin2 yang mengandungi zink. Antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate. 

Perlu dielakkan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil.

Kafein 
Kajian menunjukkan dengan mengambil lebih daripada 3 cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.

Alkohol 
Elakkan dari mengambil alkohol untuk tempoh 3 bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Dipihak suami, pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosterone.

Rokok 
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Kajian di Finland mendapat bahawa 41.9% lelaki ysng merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi. Perokok perlu berhenti merokok sekurang2nya 3 bulan sebelum cuba untuk hamil.

Makanan tertentu 
Daging yang diproses, sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mengakibatkan jangkitan yang menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Itulah serba sedikit tips yang boleh Kak Sya kongsikan untuk bacaan kita bersama hari ni. Kalau korang nak tahu, semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa ada dalam supplement Shaklee.


Nak tahu lebih lanjut, boleh terus contact Kak Sya ok! Jangan malu. Kak Sya sedia membantu.

Salam sayang,
Kak Sya.


☎//WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14

No comments:

Post a Comment