Menu

PERKARA YANG MENGGANGGU KESUBURAN

Bismillah..



Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pasti memasang impian untuk mempunyai cahayamata seawal yang mungkin. Kegembiraan mendapat khabar gembira bila si isteri bunting pelamin memang hadiah yang ditunggu-tunggu pasangan terutamanya yang berkahwin pada usia yang lewat.

Kesuburan adalah kebolehan semulajadi untuk membiak. Kesuburan boleh diukur dengan melihat pada kadar kesuburan - iaitu bila ngan anak yang lahir bagi setiap individu, rumahtangga dan populasi.

Lawan kepada kesuburan adalah ketidaksuburan.

Faktor yang mempengaruhi kesuburan

Kesuburan manusia bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

  👶 Nutrisi 
  👶 Kelakuan seks 
  👶 Budaya 
  👶 Naluri 
  👶 Endokrinologi 
  👶 Masa 
  👶 Ekonomi 
  👶 Gaya hidup 
  👶 Emosi 

Ketidaksuburan lelaki 

Ketidaksuburan lelaki berkait rapat dengan bilangan dan kuantiti sperma. Jika sperma yang dipancutkan mempunyai kuantiti yang sedikit dan kualiti yang rendah, ia akan mejadi sukar atau mustahil untuknya menyebabkan kehamilan.

Daripada kajian, 1 dari 20 lelaki mengalami masalah ketidaksuburan dengan jumlah sperma yang sedikit dipancutkan, manakala 1 dari 100 lelaki mempunyai masalah tiada sperma langsung didalam air maninya. 

Dalam kes-kes biasa, tiada simptom yang dapat menunjukkan ketidaksuburan lelaki. Hanya ujian dapat menentukan seseorang lelaki itu subur atau tidak. 

Ketidaksuburan wanita

Bagi wanita pula, ketidaksuburan umumnya bersangkutan dengan faktor umur. Semakin meningkat usia, tahap kesuburan semakin berkurangan. 

Seseorang wanita boleh dikenalpasti mempunyai tahap kesuburan yang rendah bila:-
  
 🍥 Kitaran haidnya tidak lancar. 
 🍥 Badan yang terlalu gemuk atau kurus 
 🍥 Menggunakan alat pencegah kehamilan
 🍥 Terkena jangkitan penyakit kelamin 
 🍥 Merokok


 🍥 Stress

Itulah serba sedikit pengenalan tentang ketidaksuburan. InsyaaAllah esok kita sambung dengan punch ketidaksuburan pulak ye.

Stay tuned

Salam sayang, 
Kak Sya

No comments:

Post a Comment