Menu

Simptom penyakit darah tinggi/hipertensi yang perlu anda ketahui

Bismillah..

Hipertensi (hypertension) atau lebih dikenali sebagai darah tinggi adalah antara penyakit utama kematian pramatang iaitu meninggal pada usia muda atau sebelum usia mencecah 70 tahun diseluruh dunia dan jumlah individu yang menghidapi penyakit ini semakin meningkat. Pada 2025, dianggarkan 1.56 billion orang semasa akan hidup dengan hipertensi.

Hipertensi adalah keadaan dimana tekanan darah yang dipam melalui arteri tinggi dari yang sepatutnya.


Jom kita tengok dulu video ni untuk tahu pengenalan kepada hipertensi ni..



Hipertensi selalu dikatakan sebagai "pembunuh senyap" kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda atau simptom yang mereka mempunyai tekanan darah tinggi.

Macam mana kita nak tau tekanan darah kita normal ke tidak?




Kalau kita pergi jumpa doktor dan doktor ambil tekanan darah kita, doktor mesti tulis macam kat gambar tu kan? Nombor atas tu dikenali sebagai tekanan systolic dimana ia mewakili tekanan darah dalam salur darah bila jantung berdegup. Nombor dibawah pulak adalah tekanan diastolic yang mewakili tekanan antara degupan bila jantung sedang berehat.


Jom kita tengok carta pulak julat tekanan darah ni:-

Seseorang individu itu akan disahkan menghidapi hipertensi atau penyakit darah tinggi bila bacaan tekanan darahnya melebihi paras tekanan darah normal.

Jadi, apakah simptom-simptom yang menunjukkan anda menghidapi hipertensi?


• Sakit kepala yang teruk

• Lesu atau kekeliruan
• Masalah penglihatan
• Sakit dada
• Kesukaran bernafas
• Degupan jantung yang tidak teratur
• Terdapat darah didalam air kencing
• Berdebar/berdenyut dibahagian dada, leher dan telinga

Kalau anda mempunyai simptom-simptom yang ada diatas, terus lah berjumpa dengan doktor dan periksa lah tekanan darah anda, terutamanya jika anda sering mengalami masalah stress yang keterlaluan dan mempunyai amalan diet dengan kandungan garam yang tinggi.

Jika anda dah disahkan mempunyai masalah hipertensi atau darah tinggi, jangan miss makan ubat seperti yang telah disarankan oleh doktor dan anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix

Anda boleh hubungi Kak Sya untuk pertanyaan lanjut berkaitan info tentang supplement yang bersesuaian. 


Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

Jaga diri selalu!


Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang/Permas Jaya/Masai/Plentong/Johor Jaya/Seri Alam


No comments:

Post a Comment