17 Kelebihan asid lemak Omega-3

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Seperti yang Kak Sya janjikan dalam pos Kak Sya sebelum ni (klik disini untuk baca), suka untuk Kak Sya kongsikan dengan readers semua kebaikan Omega-3 untuk badan kita.
Pengenalan

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak sihat yang diperlukan oleh badan kita. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poly-unsaturated.

Fungsi asid lemak Omega-3 untuk sel adalah membantu penghasilan sel membrane. Apabila sel membrane kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia membantu dalam nutrien intake ke dalam sel dan keluar sel yang lebih sempurna. So, sel badan kita akan berfungsi dengan lebih bagus dan efisien. Asid lemak Omega-3 juga tidak boleh dihasilkan oleh badan tau! Ia merupakan essential fatty acid yang bermaksud asid lemak penting.

Jom kita tengok apakah lagi 17 kelebihan pengambilan asid lemak Omega-3 ni..

1. Omega-3 membantu melawan rasa murung dan cemas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang biasa dijumpai. Simptom-simptom kemurungan termasuklah kesedihan, keletihan dan hilangnya minat dalam hidup.

Selalu berasa cemas (anxiety) juga merupakan salah satu dari penyakit mental yang biasa dicirikan dengan kerisauan dan gementar yang berpanjangan. 

Menariknya, kajian yang yang dijalankan menunjukkan pengambila Omega-3 secara konsisten mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan kecemasan. Ini kerana salah satu daripada 3 jenis asid lemak Omega-3 (asid lemak Omega-3 terdiri daripada DHA, ALA dan EPA) iaitu EPA sangat efektif dalam melawan simptom kemurungan.

2. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan mata

DHA, salah satu asid lemak Omega-3 ialah satu struktur komponen utama otak dan retina mata.

Jika anda tidak mendapat cukup DHA dalam diet harian, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan penglihatan anda.

Pengambilan Omega-3 yang kaya dengan DHA mengurangkan risiko macular degeneration - sejenis penyebab kerosakan mata yang terkenal didunia. 



3. Omega-3 menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan dan di awal kelahiran

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak kanak-kanak.


40% daripada DHA yang didapati dari asid lemak politaktepu diperlukan dalam otak; manakala 60% lagi diperlukan dalam retina mata.

Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang dibekalkan dengan susu kaya DHA mempunyai penglihatan yang lebih baik dari kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan DHA yang secukupnya.

Ibu-ibu yang mendapat bekalan Omega-3 yang mencukupi semasa hamil akan memberi anak yang dikandung kebaikan-kebaikan seperti dibawah, insyaaAllah:

 1. Kebijaksaan yang tinggi
2. Skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
3. Kurang masalah perilaku
4. Pengurangan risiko kelewatan tumbesaran
 5. Mengurangkan risiko ADHD, autism dan cerebral palsy.

4. Omega-3 boleh memperbaiki faktor risiko penyakit kardiovaskular


Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jantung. Ini termasuklah: 



  • Mengurangkan triglycerides sebanyak 15 hingga 30%. Tahukah anda, semakin tinggi triglycerides dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung? 
  • Omega-3 boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah dikalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Omega-3 membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Omega-3 mencegah pembekuan darah
  • Omega-3 mencegah plaque yang menghalang dan mengeraskan arteri dengan membantu melancarkan perjalanan darah dalam arteri
  • Omega-3 bersifat anti-radang. 
Bagi sesetengah orang, Omega-3 juga membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah mereka. 

5, Omega-3 mengurangkan simptom ADHD dikalangan kanak-kanak

ADHD atau attention deficit hyperactivity disorder ialah gangguan tingkah laku yang dicirikan oleh kelakuan yang tidak masuk akal (inattention), hiperaktif dan impulsif

Omega-3 adalah supplement yang boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD dikalangan kanak-kanak. Ia memperbaiki perhatian dan mengurangkan hiperaktiviti, impulsif dan sifat aggresif pada kanak-kanak
6. Omega-3 mengurangkan simptom-simptom sindrom metabolik

Sindrom metabolik termasuklah lemak dibahagian perut, tekanan darah tinggi, kerintangan terhadap insulin, tinggi kadar triglycerides, dan kadar HDL yang rendah.

Kesemua sindrom diatas sangat lah tidak baik untuk badan kita, kerana ia menjerumus kepada risiko pembentukan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan keradangan, dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung dikalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

7. Omega-3 sebagai supplement anti-radang

Keradangan sangat penting kerana badan kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan memperbaiki kerosakan.

Tetapi, kadangkala keradangan wujud dalam tempoh yang lama, walaupun jangkitan atau luka tidak lagi ada. Ini dinamakan keradangan kronik (long-term). Keradangan kronik selalunya sangat berkait dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan pembentukan molekul dan bahan yang berkaitan dengan keradangan, seperti eicosanoids dan cytokines.

8. Omega-3 boleh melawan penyakit auto-immune

Dalam penyakit-penyakit berkaitan auto-imun, sistem imun badan akan menyerang sel-sel sihat secara kerana ia menyangka sel-sel sihat adalah sel-sel yang rosak.

Contoh penyakit auto-imun adalah diabetes type 1. Sistem imun pesakit diabetes type 1 menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas, yang menyebabkan kekurangan insulin dan menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Omega-3 boleh membantu untuk melawan penyakit auto-imun, terutamanya diperingkat awal kehidupan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dari awal sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit auto-imun, termasuklah diabetes type 1, diabetes dikalangan orang dewasa dan multiple sclerosis.



Omega-3 juga sangat membantu merawat penyakit-penyakit seperti lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative colitis, Crohn's disease dan psoriasis.

9. Omega-3 boleh memperbaiki gangguan mental


Kebanyakan pesakit psikiatari dikaitkan dengan kekurangan omega-3.


Kajian menunjukkan pengambilan supplement omega-3 boleh mengurangkan kekerapan perubahan emosi dan relapse dikalangan mereka yang mempunyai masalah schizophrenia dan gangguan dwipolar.


Pengambilan supplement asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan kelakuan ganas dalam seseorang individu.


10. Omega-3 melawan penurunan mental disebabkan faktor usia & penyakit Alzheimer


Penurunan fungsi otak adalah salah satu akibat dari penuaan, dan ia memang tidak boleh dielakkan.


Pengambilan asid lemak omega-3 yang tinggi sangat berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit penurunn mental dan Alzheimer.


Individu yang kerap makan asid lemak ikan mempunyai lebih gray matter didalam otak berbanding mereka yang sebaliknya. Tisu inilah yang memproses maklumat, ingatan dan emosi.


11. Omega-3 membantu mencegah kanser


Individu yang mengambil omega-3 dalam diet harian mereka mempunyai 55% kurang risiko untuk mendapat kanser kolon. Dalam satu kajian lain, didapati penggunaan omega-3 juga membantu menurunkan risiko kanser prostat dikalangan lelaki dan kanser payudara di kalangan wanita.


12. Omega-3 boleh mengurangkan asthma kanak-kanak


Asthma ialah penyakit paru-paru kronik dengan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdeham (wheezing). Serangan asthma yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan paru-paru.


Ada kajian yang dikaitkan dengan risiko serangan asthma yang lebih rendah dikalangan kanak-kanak dan remaja.


13. Omega-3 mengurangkan lemak dihati


Non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD) meningkat dengan kegemukan, dan pengambilan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan lemak hati dan keradangan dikalangan individu yang mempunyai NAFLD.


14. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan tulang dan sendi


Osteoporosis dan arthritis adalah dua masalah berkaitan dengan sistem tulang.


Pengambilan asid lemak omega-3 secara konsisten sangat membantu memperbaiki kekuatan tulang, meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.


Manakala bagi pesakit arthritis pula, dengan mengambil supplement omega-3, mereka akan berasa kurang kesakitan dibahagian sendi, dan meningkatkan kekuatan cengkaman.


15. Omega-3 meredakan period pain


Period pain memang seksa! Jika anda mengalami masalah ni, silalah mula untuk ambil supplement asid lemak omega-3 kerana kajian-kajian mendapati wanita-wanita yang mengambil supplement omega-3 memnpunyai period pain yang lebih ringan berbanding yang tidak ambil. 


Ada juga kajian yang dijalankan juga mendapati supplement omega-3 lebih berkesan merawat kesakitan yang teruk berbanding ubat anti-radang


16. Asid lemak omega-3 baik untuk kulit


DHA adalah struktur asas kulit. Ia bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan sel membran, yang membentuk bahagian terbesar kulit. 


Sel membran yang sihat akan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan bebas kedutan.


EPA dalam minyak ikan juga memberi kesan kepada kulit iaitu:



  • Menguruskan penghasilan minyak dalam kulit
  • Menguruskan kelembapan kulit
  • Mencegah hyperkeratinization (bintik merah kecil pada bahagian atas lengan)
  • Mencegah penuaan pra-matang kulit
  • Mencegah jerawat
Omega-3 juga melindungi kulit dari kerosakan matahari. EPA melindungi kulit dari bahan yang  memusnahkan kolagen selepas terkenal sinaran matahari. 

17. Omega-3 boleh membantu meningkatkan kualiti tidur

Masalah tidur dikalangan kanak-kanak dan berdengkur dikalangan orang dewasa sangat berkait dengan kekurangan Omega-3.

Kekurangan DHA juga sangat berkait dengan kekurangan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 



Kajian menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambill Omega-3 dalam diet harian mempunyai masa tidur yang lebih panjang dan tidur yang lebih berkualiti

Wow..banyak betul kelebihan Omega-3 ni ya! Bukan saja baik untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak kita juga!

Tau tak ada supplement yang korang boleh ambil untuk dapatkan bekalan Omega-3 yang cukup untuk badan kita? 

Hubungi Kak Sya untuk maklumat lanjut. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/SMS/Telegram/Whatsapp : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya

No comments:

Post a Comment