Menu

Apa punca dan simptom Psoriasis?

Bismillah..



Psoriasis ialah sejenis penyakit auto-imun yang berkaitan dengan tompokan kemerahan yang tidak normal pada kulit. Tompok-tompok merah ini biasanya berwarna merah, gatal dan bersisik. Terdapat pelbagai jenis Psoriasis, dari segi bentuknya, saiz sehinggalah kawasan litupan tompokan tersebut.

Kebiasaannya psoriasis boleh dijumpai dikawasan sekitar siku, lutut dan kulit kepala, walaupun ia juga boleh wujud di kawasan lain pada anggota badan juga.


Lokasi psoriasis yang biasa ditemui


Siapa boleh terkena Psoriasis?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit psoriasis. Pada tahun 2010, dianggarkan 500,000 rakyat Malaysia menghidapi psoriasis, dan 125 juta penduduk dunia menghidapi penyakit yang sama.


Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang tidak boleh diubati, dan ada masanya keadaan kulit pesakit psoriasis akan menjadi bertambah baik, dan ada masa sebaliknya. Simptom yang dialami oleh pesakit psoriasis pula berbeza, dari tompokan kecil yang bersisik sehingga ke tahap kronik dimana badan pesakit boleh dilitupi oleh tompokan merah yang bersisik dan tebal.


Apakah punca-punca Psoriasis?

Punca-punca psoriasis masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko telah dikenalpasti. Ia termasuklah:

  • Sistem pertahanan badan (sistem imun) yang lemah
  • Keturunan
  • Faktor persekitaran
Psoriasis kerap dijumpai pada pesakit yang berusia antara 15 hingga 35 tahun, namun ia sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapapun. Antara 10 hingga 15% pesakit didiagnos psoriasis pada usia sebelum 10 tahun. 


Simptom-simptom Psoriasis

Tanda dan simptom psoriasis berbeza antara individu. Tanda dan simptom yang biasa dijumpai termasuklah:-
  • Tompokan merah pada kulit yang dilitupi oleh sisik berkilat
  • Tompok-tompok kecil yang bersisik (selalunya dijumpai pada kanak-kanak)
Psoriasis pada kanak-kanak

  • Kulit yang kering dan merekah yang mungkin berdarah
  • Rasa gatal, terbakar dan sakit
  • Kuku tebal, berlubang kecil dan bergaris halus (ridged nail)
Psoriasis pada kuku
  • Sendi bengkak dan kaku
Di entri seterusnya, Kak Sya akan kongsikan jenis-jenis psoriasis yang perlu anda tahu. 

Salam sihat

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
+6.013.7799.624

No comments:

Post a Comment