Menu

Rawatan untuk HFMD

Bismillah..

Jika anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD anda seharusnya membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Doktor selalunya akan melakukan diagnosa dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa mulut dan tubuh badan untuk kehadiran lepuhan dan ruam. Doktor juga akan bertanyakan kepada anda dan anak anda tentang simptom-simptom lain.

Doktor juga mungkin akan mengambil sample dari tekak atau najis untuk menguji kehadiran virus.


Bagaimana HFMD dirawat?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan akan hilang tanpa rawatan dalam masa 7 hingga 10 hari. Walaubagaimanapun doktor mungkin akan mencadangkan rawatan tertentu untuk mengurangkan simptom sehingga penyakit hilang. Ini termasuklah:
  • Ubat sapu untuk melegakan lepuhan dan ruam
  • Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan sakit kepala
  • Sirap berubat atau ubat sakit tekak untuk mengurangkan kesakitan pada tekak
Ada juga rawatan di rumah yang mampu memberi kelegaan terhadap simptom penyakit HFMD. Anda boleh mencuba rawatan di bawah untuk mengurangkan lepuhan:
  • Menghisap ais atau popsicle
  • Makan aiskrim atau sherbet
  • Minum minuman sejuk
  • Elakkan makan buah-buahan sitrus, air buah-buahan dan soda
  • Mengelakkan makanan yang pedas atau masin
Berkumur air garam suam juga mampu mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh lepuhan di bahagian mulut dan sakit tekak. Buat beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan.


No comments:

Post a Comment