Menu

Simptom-simptom HFMD yang perlu ibubapa tahu

Bismillah..


Penting untuk ibu bapa tahu apakah simptom atau tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD. Tanda-tanda yang bolrh dikenalpasti terhadap pesakit HFMD termasuklah:-
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser mulut pada bahagian tekak atau dibahagian tepi lidah
  • Ruam (bintik-bintik yang timbul atau rata) atau lepuhan kecil di tapak tangan, tapak kaki dan/atau punggung
  • Lemah, tidak bertenaga
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala
Demam dan sakit tekak adalah antara simptom-simptom awal HFMD. Ruam dan lepuhan biasanya muncul satu atau dua hari selepas demam bermula.

Walau bagaimanapun, simptom HFMD adalah berbeza di antara individu dan berbeza juga pada tahap-tahap tertentu penyakit.

Siapa yang berisiko terhadap HFMD?

Kanak-kanak mempunyai kadar risiko tertinggi untuk mendapat HFMD. Risiko meningkat apabila mereka hadir ke taska atau sekolah kerana virus HFMD boleh tersebar dengan cepat di dalam kawasan-kawasan yang disebutkan.

Kanak-kanak biasanya membina sistem imun tubuh apabila diserang atau terdedah kepada virus penyebab penyakit. Sebab itulah dalam kebanyakan kes, HFMD jarang menyerang pesakit melebihi umur 10 tahun tetapi ia tidak mustahil untuk remaja dan dewasa untuk mendapat jangkitan terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Nanti sambung lagi ye, tentang bagaimana HFMD didiagnos dan apakah rawatan yang boleh diambil jika terkena HFMD. 

Kak Sya sign off dulu ye, selamat malam!

Jaga diri,
Kak Sya (ID: 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore 

No comments:

Post a Comment