Menu

Simptom ketidaksuburan

Bismillah..


Bila kita dah faham tentang punca-punca ketidaksuburan, kita mesti nak tahu juga kan apakah simptom-simptom ketidaksuburan ni?

Bukan apa, supaya mudah untuk kita mencegah dan mengubati masalah ketidaksuburan lebih awal. 

Boleh juga nak check balik apakah perkara yang mengganggu kesuburan disini.

Simptom-simptom ketidaksuburan untuk lelaki

Simptom paling ketara yang menunjukkan seseorang lelaki itu tidak subur adalah jika dia tidak berjaya menghamilkan pasangannya. 


Walaupun kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan tidak perasan akan simptom-simptom tidak subur selain tidak berjaya menghamilkan isterinya, ada juga simptom-simptom lain yang perlu diketahui:-

1. Masalah dengan fungsi seksual - sebagai contoh, kesukaran untuk berejakulasi atau hanya sedikit air mani yang dipancutkan. 

2. Rasa sakit, bengkak atau ketulan  (lump) dibahagian testis.

3.  Jangkitan pernafasan berulang. 

4. Ketidakpayaan untuk menghidu.

5. Pertumbuhan payudara yang tidak normal (gynecomastia).


6. Bulu dimuka dan badan berkurangan, atau keabnormalan kromosom dan hormon.

7. Mempunyai kiraan sperma yang kurang dari biasa (kurang dari 15 juta sperma permililiter air mani atau jumlah keseluruhan sperma kurang dari 39 juta per ejakulasi).

Simptom-simptom ketidaksuburan wanita

Bagi wanita, simptom ketidaksuburan boleh dikenalpasti jika terdapat perubahan pada kitaran haid dan ovulasinya.

Terdapat juga simptom-simptom lain yang tidak boleh diambil ringan seperti:

1. Haid yang tidak normal. Pendarahan lebih sedikit atau lebih banyak dari biasa.

2. Haid yang tidak teratur. Bilangan hari period tidak sama setiap bulan.

3. Tidak period. Anda tidak pernah didatangi haid atau haid anda terhenti secara tiba-tiba.

4. Sakit semasa haid. Sakit belakang, sakit pelvis dan kekejangan mungkin berlaku.


Kadangkala, ketidaksuburan adalah berkaitan dengan masalah hormon. Simptom-simptom nya termasuklah:

1. Perubahan kulit, termasuklah pertambahan jerawat.

2. Perubahan keinginan seksual.

3. Bulu kasar tumbuh dibahagian bibir, dada dan dagu. 

4. Kehilangan atau keguguran rambut yang banyak.

5. Berat badan bertambah. 

Sebenarnya ada banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan ketidaksuburan pada seseorang individu dan simptomnya berbeza antara individu.

Kak Sya harap info yang diberi boleh mendatangkan manfaat kepada readers semua.

Sila share jika bermanfaat.

Selamat berhujung minggu.

❤,
Kak Sya 

No comments:

Post a Comment